Kampung ini telah dibuka pada tahun 196o. Pengasasnya ialah Allahyarham Datuk Mohd Ali Zaini bin Hj. Mohd Zain (bekas Speaker dan ADUN Karai). Pada awal penubuhannya, kampung ini dikenali sebagai Rancangan Lasah'B' Ulu Kuang, Jalong, Sg. Siput (U), Perak. Pesertanya pula seramai 102 orang. Para pesertanya diambil dari beberapa kampung sekitar daerah Kuala Kangsar iaitu Kota Lama Kanan, Kg. Kledang, Kg. Batang Kulim, Kg. Enggor, Kg. Karai, Kg. Loh, Kg. Jalong, Kg. Ulu Kuang, Kg. Batu Tiga dan Kg. Bahagia.
Pada masa itu, tidak semua peserta dapat tinggal di sini. Ini adalah kerana tidak ada penempatan disediakan. Para peserta rancangan ini telah diberikan 1/4 ekar tanah tapak rumah. 8 ekar tanah merangkumi kebun dan dusun.
Ketua Kampung pertama ialah Allahyarham Haji Hanapiah Bin Din (1969-1974). Selepas itu, jawatan tersebut disandang pula oleh Allahyarham Puteh Abdullah Bin Abdul Manas. (1975-1988). Ketua Kampung ketiga ialah Tuan Hj. Meor Jadi Bin Meor Mendut.(1989-2004). Beliau kemudiannya diganti oleh Encik Kamrudin Bin Yahya.(2004-2008). Beliau tidak dapat memegang lama jawatan tersebut akibat tsunami politik pada pilihanraya yang ke-12 di mana Perak telah berjaya diperintah oleh pakatan pembangkang. Pada masa itu, Encik Adam bin Ngah Naim telah dilantik sebagai ketua kampung baharu. (2008-2009). Namun begitu, Encik Adam juga tidak dapat bertahan lama akibat perubahan senario politik di negeri Perak di mana Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO berjaya menawan kembali Perak. Oleh itu, Encik Kamarudin Bin Yahya sekali lagi dipilih untuk menerajui kampung sehinggalah kini.
No comments:
Post a Comment